Friday, 11 August 2017
SMK TUN AMINAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah.Di panggil sebagai STA.Terletak di Batu Pahat.Hanya mengambil pelajar perempuan.Di sini STA telah menyediakan dua buah peralihan iaitu KAA(kelas aliran agama) dan aliran biasa.Mempunyai pelajar-pelajar yang sopan dan berbudi pekerti tinggi.Pelajar-pelajar di sini juga telah di latih untuk mengurus sesuatu program atau acara dengan sendiri.STA telah dipilih sebagai sebuah sekolah MODEL iaitu sekolah abad ke-21.Para pelajar di sini bijak dan pandai menghormati antara satu sama lain tidak kira sama ada senior atau junior.Mereka menganggap senior dan junior sebagai adik beradik.Hubungan yang rapat inilah telah mewujudkan suasana yang harmoni dan aman serta pergaduhan dapat dielakkan.Sebarang teguran dan nasihat akan diterima dengan hati yang terbuka.
STA mempunyai seorang pengetua yang cemerlang bernama Puan Hjh Rodiah Bt Hj Ahmad Untong.Beliau seorang yang merendah diri,amat mesra dengan para pelajar dan boleh di katakan dalam kelembutan beliau terselit ketegasan.STA juga mempunyai guru-guru yang sporting.Boleh dijadikan ibu,ayah,teman,sahabat dan penasihat yang hebat.Kebijaksanaan dan kegigihan guru-guru si sini dalam melahirkan pelajar yang berprestasi tinggi amat hebat.Pelbagai program dan motivasi telah diadakan bukan sahaja tertumpu pada akademik tetapi tertumpu juga kepada agama.Sebagai contoh ramai Imamah muda yang dapat memimpin para pelajar menunaikan solat fardu telah dilahirkan.Ringkas kata setiap hari akan ada pelajar yang menawarkan diri untuk mengimamkan solat.Bagi pelajar yang uzur pula dikehendaki untuk berkumpul di surau bagi mendengar tazkirah.Tazkirah akan di sampaikan oleh guru atau pelajar yang bertugas untuk memastikan para pelajar tidak melakukan aktiviti yang sia-sia pada waktu itu.
Sekolah ini juga telah menubuhkan satu organisasi yang dipanggil badan kerohanian bagi memantapkan perjalanan program.Organisasi ini terdiri daripada seorang guru dan beberapa orang pelajar.Rondaan dan catatan akan dilakukan oleh pelajar tersebut untuk memastikan tiada seorang pun pelajar yang berada di dalam kelas semasa solat zuhur.
STA telah mencapai beberapa kejayaan yang amat membanggakan.Sebagai contoh pada dua tahun lepas seorang pelajar aliran agama telah berjaya mendapat nombor dua dalam syarahan Bahasa Arab peringkat kebangsaan.Selain itu pertandingan forum peringkat daerah telah dimenangi oleh sekolah ini dua tahun berturut-turut.Kejayaan seperti ini telah membangkitkan semangat para pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan dan berusaha meningkatkan prestasi sekolah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SMK TUN AMINAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah.Di panggil sebagai STA.Terletak di Batu Pahat.Hanya mengambil pelajar perempuan.Di sini STA telah men...
-
kadang-kadang kita tertanya-tanya dan tidak tahu kenapa kita berkawan dengan seseorang.ya!Memang kita berkawan dengan mereka,selalu lepak,be...
-
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah.Di panggil sebagai STA.Terletak di Batu Pahat.Hanya mengambil pelajar perempuan.Di sini STA telah men...
No comments:
Post a Comment