Friday, 11 August 2017

SMK TUN AMINAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah.Di panggil sebagai STA.Terletak di Batu Pahat.Hanya mengambil pelajar perempuan.Di sini STA telah menyediakan dua buah peralihan iaitu KAA(kelas aliran agama) dan aliran biasa.Mempunyai pelajar-pelajar yang sopan dan berbudi pekerti tinggi.Pelajar-pelajar di sini juga telah di latih untuk mengurus sesuatu program atau acara dengan sendiri.STA telah dipilih sebagai sebuah sekolah MODEL iaitu sekolah abad ke-21.Para pelajar di sini bijak dan pandai menghormati antara satu sama lain tidak kira sama ada senior atau junior.Mereka menganggap senior dan junior sebagai adik beradik.Hubungan yang rapat inilah telah mewujudkan suasana yang harmoni dan aman serta pergaduhan dapat dielakkan.Sebarang teguran dan nasihat akan diterima dengan hati yang terbuka. STA mempunyai seorang pengetua yang cemerlang bernama Puan Hjh Rodiah Bt Hj Ahmad Untong.Beliau seorang yang merendah diri,amat mesra dengan para pelajar dan boleh di katakan dalam kelembutan beliau terselit ketegasan.STA juga mempunyai guru-guru yang sporting.Boleh dijadikan ibu,ayah,teman,sahabat dan penasihat yang hebat.Kebijaksanaan dan kegigihan guru-guru si sini dalam melahirkan pelajar yang berprestasi tinggi amat hebat.Pelbagai program dan motivasi telah diadakan bukan sahaja tertumpu pada akademik tetapi tertumpu juga kepada agama.Sebagai contoh ramai Imamah muda yang dapat memimpin para pelajar menunaikan solat fardu telah dilahirkan.Ringkas kata setiap hari akan ada pelajar yang menawarkan diri untuk mengimamkan solat.Bagi pelajar yang uzur pula dikehendaki untuk berkumpul di surau bagi mendengar tazkirah.Tazkirah akan di sampaikan oleh guru atau pelajar yang bertugas untuk memastikan para pelajar tidak melakukan aktiviti yang sia-sia pada waktu itu. Sekolah ini juga telah menubuhkan satu organisasi yang dipanggil badan kerohanian bagi memantapkan perjalanan program.Organisasi ini terdiri daripada seorang guru dan beberapa orang pelajar.Rondaan dan catatan akan dilakukan oleh pelajar tersebut untuk memastikan tiada seorang pun pelajar yang berada di dalam kelas semasa solat zuhur. STA telah mencapai beberapa kejayaan yang amat membanggakan.Sebagai contoh pada dua tahun lepas seorang pelajar aliran agama telah berjaya mendapat nombor dua dalam syarahan Bahasa Arab peringkat kebangsaan.Selain itu pertandingan forum peringkat daerah telah dimenangi oleh sekolah ini dua tahun berturut-turut.Kejayaan seperti ini telah membangkitkan semangat para pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan dan berusaha meningkatkan prestasi sekolah.

Thursday, 10 August 2017

setia seorang sahabat

kadang-kadang kita tertanya-tanya dan tidak tahu kenapa kita berkawan dengan seseorang.ya!Memang kita berkawan dengan mereka,selalu lepak,bergurau senda,tapi pernah tak kita fikir sama ada hubungan kita dengan dia atas nama kawan,teman atau sahabat?Renungkan sebentar.Cerita fasal sahabat,hmmm susah sebenarnya nak cari.Tapi sepanjang aku hidup..sumpah aku tak pernah jumpa sahabat-sahabat seperti jatiqfaniah(nama group)dan squad out (group budak luar).Diorang ni..huishh..dahsyat weii.Hati kental..jiwa tabah..setia.Kalau time pekse tak payah cite wei.Kelas tu kite orang buat macam rumah kite orang sendiri.Campak kertas sana,campak kertas sini.Budak asrama?Hanya mampu diamkan diri sajer.Bukan diorang tak tegur..tapi kiteorang ni jenis manusia yang tak makan saman.Korang cakap sampai seratus kali pun,belum tentu satu kite orang ikut.Tapi sejahat-jahat kiteorang,tak de lah sampai langgar peraturan sekolah.Gile wei kalau langgar.Mau balik rumah dapat surat gantung sekolah.Lari tak cukup tanah woi mak ayah kejar.Tapi manusia ni memang aku tak nafikan lah,suka pandang luaran daripada dalaman.Diorang tak kenal kite orang ni macam mana sampai cop kiteorang ni orang yang kurang ajar.Perlu ke macam tu?Adil ke kalau kite melabel seseorang itu hanya dari sikap luaran.Tapi takpe.Hati manusia kita tak boleh nak halang.Yang penting kite hadap dengan kesabaran.kesetiaan yang paling penting.Kalau nak jatuh,biarlah kita jatuh sama-sama.Dan kalau nak bangun biarlah kita pimpin tangan sama-sama.Aku tahu korang ni caring.Nampak je hati kering.Tapi aku tabik dengan sorang sahabat aku ni.Korang bayangkan dia sanggup panjat tembok sekolah semata-mata nak tolong selamatkan buku yang sahabat aku lagi sorang jatuhkan.Kat atas bumbung wei buku tu.Korang sanggup ke nak buat?Reaksi aku..bila nampak dia nak buat kerje gila..apa lagi..aku tarik dia suruh turun.Eh!Gile ke apa nak diri atas bumbung tu.Bumbung tu dah reput kot.Agak-agak wei kalau nak tolong orang.Tapi tu lah..kau nak tolong sahabat kau sampai baju dengan tudung kau basah kene hujan.Itu pun sibuk lagi nak amik barang jatuhkan buku tu.Nasib baik buku tu dah jatuh dari bumbung.Kalau tak aku tak tahu lah kerje gila apa lagi dia nak buat.Tapi nampak wei..nampak sangat kau sayangkan  sahabat kau.Nampak sangat kau sanggup bergadai nyawa demi kite orang.Thanks sebab datang dalam hidup kite orang.Menambahkan lagi keceriaan kite orang.Dan satu sikap kau yang paling aku suka,kau seboleh-bolehnya nak backup sahabat kau daripada dipersalahkan orang lain.Kau selalu jaga hati orang lain walaupun hati kau tak de siape yang peduli.Sebab tu aku rase aku akan menangis sekali lagi kalau kau atau sahabat aku yang lain pindah dari BP ni.Cukup lah Jannah seorang wei.Orang yang paling kecoh,yang paling bising,yang rapat dengan aku tu pergi.Aku tak nak dah rasa kehilangan.Sebab bende tu paling menyakitkan.Aku belajar banyak bende daripada kau.And more thing that I really want you to know is..YOU REALLY MAKE MY DAY.UHIBBUKIFILLAH.Hingga ke Syurga.Amin..
      "TAK PENTING UNTUK KITA
        TAHU BERAPA HARGANYA.
        TETAPI PENTING UNTUK
         KITA TAHU BERAPA NILAINYA"stia-seorang-sahabat.com

SMK TUN AMINAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah.Di panggil sebagai STA.Terletak di Batu Pahat.Hanya mengambil pelajar perempuan.Di sini STA telah men...